Wednesday, December 29, 2021

Perbahasan Pindaan Akta Hak Cipta 2021

Video Link:  https://fb.watch/ac3vFoCkj6/

Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Hak Cipta 2021 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 15-12-2021

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan pindaan Akta Hak Cipta 1987. Seperti dalam huraian, pindaan ini tiga objektif iaitu memenuhi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), CPTPP dan juga Triti Marrakesh untuk memudahkan akses kepada karya yang telah diterbitkan bagi orang yang buta, kurang penglihatan dan tidak berkeupayaan cetakan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Triti Marrakesh ini saya alu-alukan kerana berita baik untuk orang yang kurang penglihatan dan juga buta tetapi kita terlewat lima tahun. Triti Marrakesh telah dimulakan untuk endorsement tahun 2016. Yang Berhormat Tuaran tadi menyebut Afghanistan telah menandatangani Triti Marrakesh, sebenarnya terdapat 82 buah negara telah menandatangani Triti Marrakesh. Kita terkebelakang. Di peringkat ASEAN, kita di belakang Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Memang kita bukan memimpin tetapi kita terkebelakang. Akan tetapi untuk orang buta kawasan saya ada organisasi seperti St. Nicholas’ Home for the Blind, mereka akan benefit daripada di bawah pindaan ini seperti mereka boleh akses kepada karya-karya dan tidak menjadi satu pelanggaran hak cipta, sekiranya ditukar kepada format yang boleh akses seperti Braille.
Di samping itu, saya meneliti fasal 8 tentang pindaan ini telah menyatakan antara lain organisasi pengurusan kolektif. Sebelum ini ia dipanggil licensing body. Sekarang dipanggil collective management organization. Sebelum ini saya pernah membangkitkan dalam Dewan ini dua tahun apabila Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019 bahawa isu-isu berkenaan dengan komposer, penulis lirik, artis, syarikat penerbitan dan syarikat rakaman, isu-isu sekitar MACP, PPM, RPM dan PRISM tentang kutipan royalti muzik. Isu ini masih berterusan. Sama ada pindaan ini dengan memperkenalkan collective management organization sebagai satu usaha untuk menyelesaikan isu yang saya bangkitkan tadi?
Tuan Yang di-Pertua, fasal 9 telah menyatakan bahawa pengawal boleh mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan apa-apa perkara mengenai pengisytiharan dan pengendalian organisasi pengurusan kolektif. Saya ingin menegaskan bahawa garis panduan tidak ada kuat kuasa undang-undang. Garis panduan bukan subsidiary legislation. Apakah guidelines sedemikian― boleh minta penjelasan, sama ada guideline sedemikian ada kuat kuasa undang-undang?
Tuan Yang di-Pertua, terdapat satu fasal iaitu fasal 15 di muka surat 12 berkenaan dengan satu seksyen 43AA iaitu streaming technology dan dengan tambah satu bab berkenaan dengan streaming technology. Walaupun streaming technology telah wujud banyak tahun tetapi akhirnya selepas begitu banyak tahun baru dimasukkan sebagai satu chapter dalam Akta Hak Cipta. Ini sekali lagi, seperti yang saya kata, kita terkebelakang.
Saya meminta MyIPO supaya menyemak kesemua perundangan harta intelek kerana kita memang terkebelakang dan memang kita perlu senantiasa mengemas kini undang-undang kita supaya kita dapat ke suatu tahap yang lebih baik di peringkat antarabangsa.
Untuk fasal 13, compounding of offences is introduce. Kemasukan satu compounding ialah tidak melebihi 50 peratus daripada maksimum fine. Saya rasa ini satu guidelines yang bagus kerana sebelum ini tidak dinyatakan tentang peratusan compounding of the maximum fine.
Saya meminta penjelasan daripada Menteri tentang isu-isu yang telah saya bangkitkan tadi.
Sekian, terima kasih.

No comments: